Penerbitan Transformers: Animated

Transformer yang muncul dalam rancangan ini termasuk Optimus Prime, Megatron, Bumblebee, Ultra Magnus, Prowl, Bulkhead, Ratchet dan Starscream. Optimus Prime dalam siri ini jauh lebih muda berbanding jelmaan-jelmaan sebelumnya.[12] Pernah diumumkan bahawa David Kaye (yang terkenal kerana menyumbangkan suara Megatron dalam siri Beast Wars dan Trilogi Unicron) menyuarakan Optimus Prime.[4] Sementara itu, Corey Burton (Shockwave, Spike Witwicky, Sunstreaker dan Brawn dari siri asli tahun 1984) menyuarakan Megatron dan Ratchet dalam rancangan ini.Tom Kenny (pelakon suara SpongeBob SquarePants) menyuarakan Starscream sementara Tara Strong memegang peranan seorang kanak-kanak manusia perempuan bernama Sari.[11]

Pengarah penyeliaan rancangan ini ialah Matt Youngberg (Teen Titans, The Batman) [13], diiringi naib presiden Cartoon Network Sam Register sebagai penerbit eksekutif dan Vincent Aniceto sebagai penerbit langsung. Selain itu, penulis Beast Machines iaitu Marty Isenberg kembali ke Transformers sebagai ketua penulis siri ini. [perlu rujukan] Pengarah seni/pereka watak utama Derrick Wyatt (Teen Titans, Foster's Home for Imaginary Friends, Legion of Super Heroes) mereka “wajah serba baru” yang tidak pernah dialami dalam mana-mana siri Transformers sebelum ini. Siri ini diedarkan di peringkat antarabangsa oleh Entertainment Rights. [14]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Transformers: Animated http://www.allspark.com/content/view/1541/20/ http://www.cartoonnetwork.com/tv_shows/transformer... http://forevergeek.com/news/transformers_animated_... http://tv.ign.com/articles/842/842947p1.html http://tformers.com/Tara-Strong-To-Play-Sari-In-Up... http://www.tfw2005.com/boards/showthread.php?t=156... http://www.thetvremote.com/transformers-animated-c... http://www.transformersanimated.com http://www.transformersanimated.com/transformers-a... http://www.transformersanimated.com/transformers-a...